Pages

Wednesday, March 6, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

Salam hormat dan salam 1 malaysia,dimaklumkan bahawa mesyuarat Agung PIBG SK Kg Johan Setia 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:


Hari     : Ahad
Tarikh  : 10 Mac 2013
Masa   : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Pintar SKJS 

Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir.

Monday, March 4, 2013

 Jadual Ujian Dan Peperiksaan 2013


Salam 1 Malaysia,di sini disertakan jadual ujian bulanan 1 bagi tahun 4,5 dan 6 serta jadual Ujian dan Peperiksaan sepanjang tahun 2013 bagi SKJS.diharap semua murid, ibu bapa dan penjaga peka dengan jadual ini dan dapat membuat persiapan awal seperti mengulangkaji pelajaran.




Monday, July 2, 2012

Sumbangan Dermathon 2012




Pihak Sekolah memohon kepada individu,organisasi atau syarikat untuk menyumbangkan derma ikhlas kepada Projek Dermathon SKJS. Projek Dermathon ini dilancarkan adalah bertujuan untuk mencari dana bagi membina bumbung tapak perhimpunan SKJS.Sekiranya projek ini berjaya,murid tidak lagi akan berhimpun didalam keadaan panas atau hujan dan memudahkan pihak sekolah mengadakan aktiviti yang dirancang dengan selesa. Sumbangan boleh diberikan kepada pihak sekolah melalui Cikgu Sabariah,Cikgu Azlizah dan Cikgu Azmeer Aizam. Sesungguhnya sumbangan ikhlas pihak tuan/puan tidak dapat dibalas,hanya Tuhan dapat membalasnya insyaAllah. Jika anda mempunyai masalah boleh hubungi 03-51613893/0351610625 (waktu pejabat sahaja). Sumbangan Anda Memberi Sinar Generasi akan Datang.
 

Sample text

Sample Text