Pages

Thursday, January 13, 2011

Aktiviti harian di SK2JS Pintar sebelum masuk kelas

SEJARAH RINGKAS SK2JS PINTAR

SEJARAH RINGKAS
Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia  pada asalnya sebuah sekolah rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1948. Sekolah ini ditubuhkan sebelum negara mencapai kemerdekaan dan ia telah diberi nama sebagai Sekolah  Kebangsaan Ladang Highlands yang dikendali dan ditadbir oleh penduduk Ladang Hingland sendiri. Ia juga dikenali sebagai sekolah rakyat. Ia terletak di tepi Jalan Langat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Klang. Bahan asal bangunan ini diperbuat daripada papan, berukuran 10x14 meter. Ia mempunyai keluasannya sebanyak  ¼ ekar yang ditadbir oleh pihak Ladang Highlands. Pada 1 Januari 1954, pentadbiran sekolah Sekolah Kebangsaan Ladang Hinghland telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Semenjak diambil alih oleh Kementerian Pendidikan, ia telah diterajui oleh En. Abbas Bin Tamsir yang juga merupakan  Guru Besar pertama di sekolah ini.  Sekolah ini telah dinaikkan taraf hingga ke darjah enam. Penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekolah ini banyak dibantu oleh pihak Ladang Highlands. Pada 4 Jun 1990, sekolah ini telah berpindah ke lokasi baru  iaitu di Kampung Johan Setia dan telah dipimpin oleh  Guru Besar baru, En. Hassan Bin Ibot selama tiga tahun.Ketika dibawah kepimpinan En Hassan Bin Ibot, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sk Kampung Johan Setia. Keluasan sekolah ini pada ketika itu lebih kurang 40 ekar. En.Hassan Bin Ibot telah dibantu oleh Guru Kanan En.Narayan Singh serta dua orang guru tetap dan empat orang guru sandaran. Jumlah murid ketika itu lebih kurang 130 orang murid. Lagu rasmi sekolah telah dicipta oleh En. Jamaludin Bin Abd Rahim manakala lencana sekolah dicipta oleh En.Mohd Noh Bin Abdullah.


Visi, Misi, Piagam dan Moto Pintar Sekolah




Visi Sekolah

Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum,kokurikulum, dan sahsiah





Misi Sekolah

Memberi perkhidmatan dan pelajaran yang berkesan, melalui jalinan kerjasama antara institusi dengan komuniti setempat dan prasarana yang ceria dan selamat.


Piagam Sekolah

Mengutamakan sikap berdisiplin, penyayang serta sentiasa menghormati dan bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat sambil mempertingkatkan prestasi akademik dan keceriaan sekolah.


Moto Pintar

Promoting Intelligence Nurturing Talent Advocating Responsibility






Permulaan

Hari ini hari bersejarah di mana sk2jspintar atau nama penuhnya Sekolah Kebangsaan Johan Setia Klang mengorak langkah ke dunia maya selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi pintar dalam menuju wawasan 2020. Sk2jspintar kini berjaya membina website sendiri bagi tatapan guru-guru dan pelajar khususnya dan ibu bapa dan penjaga umumnya.

Tujuan kami membina website sk2jspintar ini adalah untuk umum melihat perkembangan sekolah dari segi aktiviti-aktiviti pendidikan formal dan tidak formal.

Diharapkan dengan usaha murni ini, kita dapat melahirkan insan kamil, selaras dengan falsafah pendidikan Malaysia,


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 

 

Sample text

Sample Text