Social Icons

Pages

  • Masukan Deskripsi Gambar Slideshow Disini
  • Masukan Deskripsi Gambar Slideshow Disini
  • Masukan Deskripsi Gambar Slideshow Disini
  • Masukan Deskripsi Gambar Slideshow Disini

Wednesday, July 17, 2013

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Satu program pihak sekolah bersama PIBG SK Kg Johan Setia iaitu Majlis Makan Malam Amal akan diadakan pada 24 ogos 2013 bertempat di SMK Jalan Kebun bertujuan bagi mengumpul dana pembinaan kawasan berbumbung di Dataran Pintar. Beberapa program telah dirancang sempena Majlis Makan Malam Amal  ini antaranya persembahan daripada murid SKJS dan artis jemputan seperti Shahlan AF, Jimmie (penyanyi kumpulan Screen) dan persembahan Silap Mata.

 
Tiket-tiket boleh didapati daripada setiausaha PIBG SKJS Cik Izayanti Bt Che Azit (0136373675) dengan harga tiket serendah RM 50.00 dewasa dan kanak-kanak. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan samada dalam bentuk wang tunai dan hadiah untuk cabutan bertuah sangat-sangat dialukan.
 
 

Wednesday, June 26, 2013

SEKOLAH DIBUKA SEMULA

26 Jun 2013, Klang- Semua sekolah di negeri Selangor terutamanya di Daerah Klang dibuka semula pada 27 Jun 2013 ( Khamis) ekoran tahap IPU yang semakin pulih. Oleh itu diharap perkara ini dapat disebarkan kepada semua warga sekolah masing-masing.

sumber- Portal PPD Klang

Sunday, June 23, 2013

Penutupan Sekolah Akibat Jerebu

Sekolah akan ditutup mulai 24 Jun 2013 sehingga diberitahu kelak akibat jerebu yang mencapai tahap membimbangkan. Semua murid dan guru diberikan cuti berganti sehingga keadaan jerebu di Johan Setia kembali pulih.

Wednesday, May 8, 2013

Program 1 BestariNet

Program Kesedaran 1BestariNet akan dilancarkan diseluruh negara sebagai salah satu kempen pendedahan kepada semua warga pendidik, pelajar serta ibu bapa mengenai projek 1BestariNet.

Objektif utama program ini adalah seperti berikut :

Meningkatkan kesedaran projek 1BestariNet
Meningkatkan penggunaan Frog VLE dikalangan warga sekolah guru antara pelajar serta penglibatan ibu-bapa
Kemudahan 1BestariNet (VLE, Highspeed Internet dan pembelajaran kini dimana-mana sahaja)

Mari kita lihat video apa itu 1BestariNet
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=EHXh9aAJEO8

Tuesday, May 7, 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PKSR 1 2013

Makluman kepada semua murid,ibu bapa dan penjaga, jadual PKSR 1 boleh dimuat turun di sini sebagai persediaan sebelum peperiksaan bagi tahun 4,5,dan 6, sila klik http://www.mediafire.com/view/?pfqf8icf6k209k3

Saturday, May 4, 2013

Cuti Umum sempena PRU13


Isnin cuti umum persekolahan bagi Negeri Selangor .. Selamat mengundi daripada kami ! Pandu selamat pergi dan balik

Wednesday, March 6, 2013

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015

HEBAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN KELAHIRAN 2007 DAN 2008 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015

Dengan segala hormatnya dipohon perhatian tuan kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak tuan adalah diminta untuk menghebahkan operasi Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2014 dan 2015 ke sekolah tuan mulai 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 dengan melaksanakan berberapa tindakan susulan seperti berikut:-

2.1 Menghebahkan maklumat di atas kepada murid semasa perhimpunan sekolah.
2.2 Mengedarkan surat siaran kepada ibu bapa/penjaga murid di sekitar sekolah tuan.
2.3 Merentangkan iklan pemakluman di pagar / di pintu masuk sekolah.
2.4 Merekod, menyemak dan memperakukan permohonan pendaftaran dari ibu bapa/
penjaga melalui aplikasi dalam talian (online) yang disediakan.

3. Sila maklumkan kepada ibu bapa/penjaga supaya mengemukakan permohonan pendaftaran tahun satu melalui pautan ke aplikasi dalam talian tersebut yang disediakan di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor sebelum membuat Pengesahan Permohonan ke pejabat sekolah. Pihak sekolah diminta membantu menguruskan permohonan ibu bapa/penjaga yang datang ke sekolah kerana tidak mempunyai kemudahan/literasi komputer dengan melaksanakan urusan memasukkan data, menyemak dokumen asal dan memperakukan permohonan pendaftaran

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,
 

Sample text

Sample Text