Pages

Wednesday, September 7, 2011

PEPERIKSAAN UPSR 2011

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 SK2JS PINTAR SESI 2011

KAMI WARGA SK2JS PINTAR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR DENGAN TABAH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

KAMI MENDOAKAN AGAR SEMUA MURID MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.

SELAMAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPSR.....


WARGA SK2JS PINTAR.

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

PERHATIAN!!!!! kepada pelajar-pelajar tahun 6 2011, permohonan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh dibuka dari 1 SEPTEMBER 2011 hingga 15 OKTOBER 2011 dengan mengakses ke laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my . Pemohon perlu mengisi borang secara atas talian, mencetak borang yang telah diisi dan hantar borang tersebut kesekolah untuk proses seterusnya.

HARAP MAKLUM


 

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kepada Semua PENGUNJUNG BLOG INI. Semoga Ramadan Kali ini akan memberi manfaat dan pengajaran yang tidak terhingga kepada kita semua hendaknya.. AMIN

Wednesday, July 20, 2011

Syabas Tahniah





















Sebutir bintang yang bakal menyinar membawa nama SKJS,negeri Selangor seterusnya Malaysia ke kejohanan Antarabangsa U12 di Saitama,Jepun..semoga pergi dengan semangat HARIMAU MALAYA dan pulang membawa kejayaan yang boleh dibanggakan.....SYABAS ZIKRI ZAMRI

Tuesday, July 19, 2011

Alhamdulillah..malam ini seorang murid SK2JS ( mohd zikri ) akan terbang ke Saitama,Jepun mewakili U12 Malaysia ke kejohanan bolasepak Antarabangsa Junior. Terima kasih & tahniah kepada semua warga2 SK2JS dan kita mendoakan semoga beliau akan selamat pergi & kembali membawa kejayaan yang membanggakan...aminnnn

Tuesday, June 28, 2011

Larian 1 MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Larian Serentak 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA akan diadakan pada 2Julai 2011 di padang SKJS bermula jam 7.30 pagi. Semua ibu bapa / penjaga dan komuniti setempat dijemput menyertai larian ini bersama-sama murid SKJS dan serentak di seluruh Malaysia untuk mencipta rekod malaysia Larian 1 Malaysia. Bersama-sama kita memeriahkannya

Sukan Tahunan SK2JS Pintar kali ke 18 2011

Sukan Tahunan SKJS telah berlansung pada 26 Jun 2011 bertempat di Padang SKJS.

Thursday, May 19, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011



Perhatian kepada semua ibu bapa/ penjaga serta murid SK2JS Pintar, sila rujuk jadual peperiksaan pertengahan tahun(double klik pada jadual untuk zoom). Diharap semua murid tahun 1 hingga tahun 6 sudah mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Semoga anda semua akan mencapai kejayaan yang membanggakan insyaAllah.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU








"GURU PENJANA tRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Kepada semua warga pendidik sk Kg johan setia, selamat hari guru diucapkan. semoga khidmat bakti cikgu sentiasa dirahmati allah.
"hak guru lebih agung daripada hak ibu bapa,sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal.  jika tiada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan orang tua, akan celaka selamanya. -imam ghazali-

Friday, April 22, 2011

SEKOLAH GANTI

Kepada semua warga SK2JS PINTAR, Ibu bapa  dan  penjaga

Adalah dimaklumkan bahawa 23hb April 2011 (Sabtu) adalah merupakan hari sekolah ganti sempena Sambutan Hari Deepavali tahun ini.
Jadual waktu hari kHAMIS.   Waktu persekolahan adalah seperti biasa dan kedatangan adalah diwajibkan.

Oleh itu diminta kerjasama dari semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kehadiran anak masing-masing.

Sekian, terima kasih

sila rujuk surat pemberitahuan.


Tuesday, April 19, 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JOHAN SETIA
JALAN JOHAN SETIA,
41200 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.                                             TELEFON:0351613893 FAX:0351610625
____________________________________________________________________________________

Bil (10)dlmUBK/SKKJS(MIB)10
15 April 2011

....................................................
Ibu/Bapa/Penjaga Murid Tahun Enam 2011
SK Kampung Johan Setia,Klang

Tuan/Puan,
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN IBU BAPA & MAJLIS SOLAT HAJAT MURID TAHUN ENAM BAGI TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas  adalah dirujuk.
2.    Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Johan Setia akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut.
                            Tarikh   : 27 April 2011                    
                            Hari      : Rabu
                            Masa    : 7.00 malam - 11.00 malam
                            Tempat  : Dataran Ilmu SKKJS
                            Penceramah Jemputan : Ustaz Haslin Baharin

3.   Tujuan program diadakan untuk memberi pendedahan dan perkongsian  maklumat mengenai cara - cara membentuk peribadi dan kecemerlangan anak-anak terutama murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada bulan September nanti. Disamping bersama-sama mendoakan kejayaan cemerlang kepada mereka.

4.   Oleh itu besarlah harapan kami  agar tuan/puan dapat menghadiri program tersebut demi kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah terpuji anak-anak tuan/puan.

5.   Semoga mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan. Segala kerjasama yang pihak tuan/puan berikan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

saya yang menurut perintah,

.......................................................
(HAJI HAMIDI BIN DAUD)
Guru Besar ,
SK KG Johan Setia, Klang.

Saturday, April 9, 2011

PENGUMUMAN PENDAFTARAN TAHUN 1

KEPADA IBUBAPA/PENJAGA
Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2012 & 2013 sudah dibuka sehingga 30 April 2011. Pendaftaran boleh dibuat secara talian (online) di webportal Jabatan Pelajaran Selangor (www.moe.gov.my/jpnselangor). Sila cetak maklumat yang telah diisi dan bawa bersama :
a) Salinan Sijil Lahir Murid dan Sijil Lahir Asal
b) Salinan Bil Utiliti (Bil Elektrik atau Bil Air)
c) Salinan Kad Pengenalan Ibubapa (depan belakang)
d) Salinan Sijil Nikah
e) Surat Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
f) Laporan Doktor & Kad OKU (jika berkenaan)
sebelum membuat pendaftaran di sekolah yang dipilih.
         Sekian Terima Kasih.
 Guru Besar
SK2JS PINTAR

Friday, April 8, 2011

SEKOLAH GANTI

Kepada semua warga SK2JS PINTAR, Ibu bapa  dan  penjaga

Adalah dimaklumkan bahawa 09hb April 2011 (Sabtu) adalah merupakan hari sekolah ganti sempena Sambutan Hari Deepavali tahun ini.
Jadual waktu hari Isnin.   Waktu persekolahan adalah seperti biasa dan kedatangan adalah diwajibkan.

Oleh itu diminta kerjasama dari semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kehadiran anak masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 30, 2011

MINGGU BERJUANG ........

KEPADA SEMUA AHLI PASUKAN BOLA SEPAK , BOLA JARING, BOLA BALING (L) & (P) DAN  PUBLIC SPEAKING.
WARGA SK2JSPINTAR  INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN KEDERAT YANG TERAKHIR.
KAMI DOAKAN  SEMOGA ANDA PULANG MEMBAWA KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN KEPADA WARGA SK2JS PINTAR.

SK2JS PINTAR BOLEH!!

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.
BUKIT SAMA DIDAKI, LEMBAH SAMA DITURUNI,
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI MENJADI ARANG.
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.
BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA,

Friday, March 25, 2011

MESYUARAT GURU KALI KEDUA DAN LADAP 1

Kepada semua guru SK2JS PINTAR

Tuan;

Mesyuarat Guru Kali Kedua dan LADAP 1


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat guru dan kursus LADAP adakan di adakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 26 /03/2011 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pg
Tempat  : Bilik Mesyuarat Pintar

Kehadiran adalah diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas;

Hj Hamidi Bin Hj Daud
Guru Besar
SK2JS PINTAR

Saturday, February 26, 2011

KURSUS PEMIMPIN BERWIBAWA SK KG JOHAN SETIA KLANG 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA MENGIKUTI KURSUS PEMIMPIN BERWIBAWA TAHUN 2011.

SEMOGA SEMUA PELAJAR DAPAT:

1.  MEMOTIVASIKAN DIRI DALAM ASPEK KEYAKINAN, KEBERANIAN DAN
     TANGGUNGJAWAB.

2.  MEMBENTUK PERIBADI DALAM ASPEK PENGURUSAN DIRI, MASA, SIKAP, TUGASAN
     DAN PELAJARAN.

3.  MENGENAL PASTI MATLAMAT IATU KECEMERLANGAN DAN BERWIBAWA SERTA
     LEBIH BERDISIPLIN DALAM SEGALA ASPEK.

KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT..

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.  HANYA ALLAH JUALAH YANG DAPAT MEMBALAS JASA GURU-GURU SEMUA.




Sunday, February 20, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011

Jutaan terima kasih kepada semua guru SK2JS Pintar, murid-murid, pekerja-pekerja swasta dan semua yang menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Sabtu 19 hb Feb 2011 yang lalu.










Semoga usaha yang murni lagi mulia ini mendapat  keberkatan dari Allah S.W.T.

Thursday, February 17, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

Ibu bapa / Penjaga
Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia
41200 Klang,
Selangor.

Tuan,

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, SK2JS PINTAR akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat sekolah seperti butir berikut:

              Tarikh       :  19 Februari 2011
              Hari          :  Sabtu
              Masa        :  7.30 pg  1.20 ptg
              Tempat     :  SK2JS Pintar

2.  Sehubungan itu, semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada hari tersebut dengan berpakaian seperti berikut:
             i.  Murid Lelaki :            Baju Melayu, songkok hitam dan kasut sekolah
            ii.  Murid Perempuan:      Baju kurung, tudung dan kasut sekolah.

3.  Pihak sekolah berharap ibu bapa / penjaga dapat menguruskan kehadiran murid di bawah tanggungjawab tuan-puan pada hari tersebut.

4.  Segala kerjasama dan keperihatinan tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar;


Hj Hamidi Bin Hj Daud
Guru Besar
SK Kg Johan Setia
41200 Klang, Selangor.

Monday, February 14, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-21 SUDAH SELESAI....TQVM














Terima kasih yang tidak terhingga kepada:

-Tn Hj Ir. Kamaruzaman Bin Johari
  (Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Sri Muda Parlimen Kota Raja)
-En Mohd Idris Bin Tormudi
 (Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kg Johan Setia)
 - Ahli-ahli jawatankuasa PIBG
- Guru-guru penolong kanan:
- Guru-guru SK2JS Pintar
- Ibu bapa dan penjaga murid-murid
- Yg dikasihi murid-murid SK2JS Pintar

di atas kejayaan Mesyuarat Agung kali ke 21.

 

Sample text

Sample Text