Pages

Wednesday, March 6, 2013

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015

HEBAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN KELAHIRAN 2007 DAN 2008 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015

Dengan segala hormatnya dipohon perhatian tuan kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak tuan adalah diminta untuk menghebahkan operasi Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2014 dan 2015 ke sekolah tuan mulai 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 dengan melaksanakan berberapa tindakan susulan seperti berikut:-

2.1 Menghebahkan maklumat di atas kepada murid semasa perhimpunan sekolah.
2.2 Mengedarkan surat siaran kepada ibu bapa/penjaga murid di sekitar sekolah tuan.
2.3 Merentangkan iklan pemakluman di pagar / di pintu masuk sekolah.
2.4 Merekod, menyemak dan memperakukan permohonan pendaftaran dari ibu bapa/
penjaga melalui aplikasi dalam talian (online) yang disediakan.

3. Sila maklumkan kepada ibu bapa/penjaga supaya mengemukakan permohonan pendaftaran tahun satu melalui pautan ke aplikasi dalam talian tersebut yang disediakan di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor sebelum membuat Pengesahan Permohonan ke pejabat sekolah. Pihak sekolah diminta membantu menguruskan permohonan ibu bapa/penjaga yang datang ke sekolah kerana tidak mempunyai kemudahan/literasi komputer dengan melaksanakan urusan memasukkan data, menyemak dokumen asal dan memperakukan permohonan pendaftaran

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text