skip to main |
skip to sidebar
PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015
HEBAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN
KELAHIRAN 2007 DAN 2008 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015
Dengan segala hormatnya dipohon perhatian tuan kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan pihak tuan adalah diminta untuk menghebahkan
operasi Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak ke Tahun Satu Sesi
Persekolahan 2014 dan 2015 ke sekolah tuan mulai 01 Mac 2013 hingga 30
April 2013 dengan melaksanakan berberapa tindakan susulan seperti
berikut:-
2.1 Menghebahkan maklumat di atas kepada murid semasa perhimpunan sekolah.
2.2 Mengedarkan surat siaran kepada ibu bapa/penjaga murid di sekitar sekolah tuan.
2.3 Merentangkan iklan pemakluman di pagar / di pintu masuk sekolah.
2.4 Merekod, menyemak dan memperakukan permohonan pendaftaran dari ibu bapa/
penjaga melalui aplikasi dalam talian (online) yang disediakan.
3. Sila maklumkan kepada ibu bapa/penjaga supaya mengemukakan
permohonan pendaftaran tahun satu melalui pautan ke aplikasi dalam
talian tersebut yang disediakan di laman sesawang Jabatan Pelajaran
Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor
sebelum membuat Pengesahan Permohonan ke pejabat sekolah. Pihak sekolah
diminta membantu menguruskan permohonan ibu bapa/penjaga yang datang ke
sekolah kerana tidak mempunyai kemudahan/literasi komputer dengan
melaksanakan urusan memasukkan data, menyemak dokumen asal dan
memperakukan permohonan pendaftaran
Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
No comments:
Post a Comment