Tiket-tiket boleh didapati daripada setiausaha PIBG SKJS Cik Izayanti Bt Che Azit (0136373675) dengan harga tiket serendah RM 50.00 dewasa dan kanak-kanak. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan samada dalam bentuk wang tunai dan hadiah untuk cabutan bertuah sangat-sangat dialukan.
Wednesday, July 17, 2013
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
Satu program pihak sekolah bersama PIBG SK Kg Johan Setia iaitu Majlis Makan Malam Amal akan diadakan pada 24 ogos 2013 bertempat di SMK Jalan Kebun bertujuan bagi mengumpul dana pembinaan kawasan berbumbung di Dataran Pintar. Beberapa program telah dirancang sempena Majlis Makan Malam Amal ini antaranya persembahan daripada murid SKJS dan artis jemputan seperti Shahlan AF, Jimmie (penyanyi kumpulan Screen) dan persembahan Silap Mata.
Wednesday, June 26, 2013
SEKOLAH DIBUKA SEMULA
26 Jun 2013, Klang- Semua sekolah di negeri Selangor terutamanya di Daerah Klang dibuka semula pada 27 Jun 2013 ( Khamis) ekoran tahap IPU yang semakin pulih. Oleh itu diharap perkara ini dapat disebarkan kepada semua warga sekolah masing-masing.
sumber- Portal PPD Klang
sumber- Portal PPD Klang
Sunday, June 23, 2013
Penutupan Sekolah Akibat Jerebu
Sekolah akan ditutup mulai 24 Jun 2013 sehingga diberitahu kelak akibat jerebu yang mencapai tahap membimbangkan. Semua murid dan guru diberikan cuti berganti sehingga keadaan jerebu di Johan Setia kembali pulih.
Wednesday, May 8, 2013
Program 1 BestariNet
Program Kesedaran 1BestariNet akan dilancarkan
diseluruh negara sebagai salah satu kempen pendedahan kepada semua
warga pendidik, pelajar serta ibu bapa mengenai projek 1BestariNet.
Objektif utama program ini adalah seperti berikut :
Meningkatkan kesedaran projek 1BestariNet
Meningkatkan penggunaan Frog VLE dikalangan warga sekolah guru antara pelajar serta penglibatan ibu-bapa
Kemudahan 1BestariNet (VLE, Highspeed Internet dan pembelajaran kini dimana-mana sahaja)
Mari kita lihat video apa itu 1BestariNet
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=EHXh9aAJEO8
Objektif utama program ini adalah seperti berikut :
Meningkatkan kesedaran projek 1BestariNet
Meningkatkan penggunaan Frog VLE dikalangan warga sekolah guru antara pelajar serta penglibatan ibu-bapa
Kemudahan 1BestariNet (VLE, Highspeed Internet dan pembelajaran kini dimana-mana sahaja)
Mari kita lihat video apa itu 1BestariNet
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=EHXh9aAJEO8
Tuesday, May 7, 2013
JADUAL PEPERIKSAAN PKSR 1 2013
Makluman kepada semua murid,ibu bapa dan
penjaga, jadual PKSR 1 boleh dimuat turun di sini sebagai persediaan
sebelum peperiksaan bagi tahun 4,5,dan 6, sila klik http://www.mediafire.com/view/?pfqf8icf6k209k3
Saturday, May 4, 2013
Cuti Umum sempena PRU13
Isnin cuti umum persekolahan bagi Negeri Selangor .. Selamat mengundi daripada kami ! Pandu selamat pergi dan balik
Wednesday, March 6, 2013
PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015
HEBAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN
KELAHIRAN 2007 DAN 2008 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015
Dengan segala hormatnya dipohon perhatian tuan kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan pihak tuan adalah diminta untuk menghebahkan
operasi Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak ke Tahun Satu Sesi
Persekolahan 2014 dan 2015 ke sekolah tuan mulai 01 Mac 2013 hingga 30
April 2013 dengan melaksanakan berberapa tindakan susulan seperti
berikut:-
2.1 Menghebahkan maklumat di atas kepada murid semasa perhimpunan sekolah.
2.2 Mengedarkan surat siaran kepada ibu bapa/penjaga murid di sekitar sekolah tuan.
2.3 Merentangkan iklan pemakluman di pagar / di pintu masuk sekolah.
2.4 Merekod, menyemak dan memperakukan permohonan pendaftaran dari ibu bapa/
penjaga melalui aplikasi dalam talian (online) yang disediakan.
3. Sila maklumkan kepada ibu bapa/penjaga supaya mengemukakan
permohonan pendaftaran tahun satu melalui pautan ke aplikasi dalam
talian tersebut yang disediakan di laman sesawang Jabatan Pelajaran
Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor
sebelum membuat Pengesahan Permohonan ke pejabat sekolah. Pihak sekolah
diminta membantu menguruskan permohonan ibu bapa/penjaga yang datang ke
sekolah kerana tidak mempunyai kemudahan/literasi komputer dengan
melaksanakan urusan memasukkan data, menyemak dokumen asal dan
memperakukan permohonan pendaftaran
Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Subscribe to:
Posts (Atom)