Pages

Friday, April 22, 2011

SEKOLAH GANTI

Kepada semua warga SK2JS PINTAR, Ibu bapa  dan  penjaga

Adalah dimaklumkan bahawa 23hb April 2011 (Sabtu) adalah merupakan hari sekolah ganti sempena Sambutan Hari Deepavali tahun ini.
Jadual waktu hari kHAMIS.   Waktu persekolahan adalah seperti biasa dan kedatangan adalah diwajibkan.

Oleh itu diminta kerjasama dari semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kehadiran anak masing-masing.

Sekian, terima kasih

sila rujuk surat pemberitahuan.


Tuesday, April 19, 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JOHAN SETIA
JALAN JOHAN SETIA,
41200 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.                                             TELEFON:0351613893 FAX:0351610625
____________________________________________________________________________________

Bil (10)dlmUBK/SKKJS(MIB)10
15 April 2011

....................................................
Ibu/Bapa/Penjaga Murid Tahun Enam 2011
SK Kampung Johan Setia,Klang

Tuan/Puan,
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN IBU BAPA & MAJLIS SOLAT HAJAT MURID TAHUN ENAM BAGI TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas  adalah dirujuk.
2.    Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Johan Setia akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut.
                            Tarikh   : 27 April 2011                    
                            Hari      : Rabu
                            Masa    : 7.00 malam - 11.00 malam
                            Tempat  : Dataran Ilmu SKKJS
                            Penceramah Jemputan : Ustaz Haslin Baharin

3.   Tujuan program diadakan untuk memberi pendedahan dan perkongsian  maklumat mengenai cara - cara membentuk peribadi dan kecemerlangan anak-anak terutama murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada bulan September nanti. Disamping bersama-sama mendoakan kejayaan cemerlang kepada mereka.

4.   Oleh itu besarlah harapan kami  agar tuan/puan dapat menghadiri program tersebut demi kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah terpuji anak-anak tuan/puan.

5.   Semoga mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan. Segala kerjasama yang pihak tuan/puan berikan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

saya yang menurut perintah,

.......................................................
(HAJI HAMIDI BIN DAUD)
Guru Besar ,
SK KG Johan Setia, Klang.

Saturday, April 9, 2011

PENGUMUMAN PENDAFTARAN TAHUN 1

KEPADA IBUBAPA/PENJAGA
Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2012 & 2013 sudah dibuka sehingga 30 April 2011. Pendaftaran boleh dibuat secara talian (online) di webportal Jabatan Pelajaran Selangor (www.moe.gov.my/jpnselangor). Sila cetak maklumat yang telah diisi dan bawa bersama :
a) Salinan Sijil Lahir Murid dan Sijil Lahir Asal
b) Salinan Bil Utiliti (Bil Elektrik atau Bil Air)
c) Salinan Kad Pengenalan Ibubapa (depan belakang)
d) Salinan Sijil Nikah
e) Surat Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
f) Laporan Doktor & Kad OKU (jika berkenaan)
sebelum membuat pendaftaran di sekolah yang dipilih.
         Sekian Terima Kasih.
 Guru Besar
SK2JS PINTAR

Friday, April 8, 2011

SEKOLAH GANTI

Kepada semua warga SK2JS PINTAR, Ibu bapa  dan  penjaga

Adalah dimaklumkan bahawa 09hb April 2011 (Sabtu) adalah merupakan hari sekolah ganti sempena Sambutan Hari Deepavali tahun ini.
Jadual waktu hari Isnin.   Waktu persekolahan adalah seperti biasa dan kedatangan adalah diwajibkan.

Oleh itu diminta kerjasama dari semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kehadiran anak masing-masing.

Sekian, terima kasih.
 

Sample text

Sample Text