Pages

Saturday, February 26, 2011

KURSUS PEMIMPIN BERWIBAWA SK KG JOHAN SETIA KLANG 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA MENGIKUTI KURSUS PEMIMPIN BERWIBAWA TAHUN 2011.

SEMOGA SEMUA PELAJAR DAPAT:

1.  MEMOTIVASIKAN DIRI DALAM ASPEK KEYAKINAN, KEBERANIAN DAN
     TANGGUNGJAWAB.

2.  MEMBENTUK PERIBADI DALAM ASPEK PENGURUSAN DIRI, MASA, SIKAP, TUGASAN
     DAN PELAJARAN.

3.  MENGENAL PASTI MATLAMAT IATU KECEMERLANGAN DAN BERWIBAWA SERTA
     LEBIH BERDISIPLIN DALAM SEGALA ASPEK.

KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT..

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.  HANYA ALLAH JUALAH YANG DAPAT MEMBALAS JASA GURU-GURU SEMUA.




Sunday, February 20, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011

Jutaan terima kasih kepada semua guru SK2JS Pintar, murid-murid, pekerja-pekerja swasta dan semua yang menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Sabtu 19 hb Feb 2011 yang lalu.










Semoga usaha yang murni lagi mulia ini mendapat  keberkatan dari Allah S.W.T.

Thursday, February 17, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

Ibu bapa / Penjaga
Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia
41200 Klang,
Selangor.

Tuan,

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, SK2JS PINTAR akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat sekolah seperti butir berikut:

              Tarikh       :  19 Februari 2011
              Hari          :  Sabtu
              Masa        :  7.30 pg  1.20 ptg
              Tempat     :  SK2JS Pintar

2.  Sehubungan itu, semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada hari tersebut dengan berpakaian seperti berikut:
             i.  Murid Lelaki :            Baju Melayu, songkok hitam dan kasut sekolah
            ii.  Murid Perempuan:      Baju kurung, tudung dan kasut sekolah.

3.  Pihak sekolah berharap ibu bapa / penjaga dapat menguruskan kehadiran murid di bawah tanggungjawab tuan-puan pada hari tersebut.

4.  Segala kerjasama dan keperihatinan tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar;


Hj Hamidi Bin Hj Daud
Guru Besar
SK Kg Johan Setia
41200 Klang, Selangor.

Monday, February 14, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-21 SUDAH SELESAI....TQVM














Terima kasih yang tidak terhingga kepada:

-Tn Hj Ir. Kamaruzaman Bin Johari
  (Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Sri Muda Parlimen Kota Raja)
-En Mohd Idris Bin Tormudi
 (Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kg Johan Setia)
 - Ahli-ahli jawatankuasa PIBG
- Guru-guru penolong kanan:
- Guru-guru SK2JS Pintar
- Ibu bapa dan penjaga murid-murid
- Yg dikasihi murid-murid SK2JS Pintar

di atas kejayaan Mesyuarat Agung kali ke 21.

Thursday, February 10, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-21

Ibu bapa dan penjaga
Sek Keb Kg Johan Setia
Klang

Tuan /Puan,

Mesyuarat Agung PIBG Ke- 21

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.

2.  Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

      Tarikh:  13 Februari 2011
      Hari   :   Ahad
      Masa :   8.00 pg
      Tempat:  Dewan SK2JS PINTAR

 3.  Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

4.  Segala kejasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih. 


Hj Hamidi Bin Hj Daud
Guru Besar
SK2JS PINTAR





 

Sample text

Sample Text